Isnin, 18 Jun 2012

Jambori Pengakap Muslim Thailand ke 3


As salam,

Kepada Semua Pesuruhjaya Daerah, Pen. Pesuruhjaya Negeri/Daerah/Pemimpin
Negeri Terengganu.

THIRD THAILAND MUSLIM SCOUT JAMBOREE
Tarikh  :  13 - 17 Julai 2012
Tempat :  A Muang Yala, Yala Selatan Thailand
Pendaftaran : 1500 bath ( RM 150-160 )
Maklumat Tambahan

Saya  (Ab Alim Ab Rahim)- hp: 0076 -0129323897  telah diberi amanah oleh pihak Thailand untuk menguruskan dan penyelarasan penyertaan daripada Malaysia, Indonesia, Brunei dan Singapura. Di bawah ini maklumat  lanjut  mengenai beberapa maklumat untuk menyenangkan semua urusan

1.       Bilangan penyertaan                  :  Malaysia  50 orang sahaja

2.       Tarikh sebenar Jambori  : 14 – 17 Julai 2012 (Sabtu – selasa)
Namun demikian saya telah berunding dengan pihak Thailand supaya kita mendaftar pada 13 Julai  lagi seperti surat yang dihantar untuk membolehkan  peserta luar Negara) melakukan aktiviti terjun menara untuk mendapatkan  “Wing/ sayap” di Kem Tentera.  Bayaran untuk aktiviti ini ialah 150 bath meliputi sijil dan “sayap”/ wing

3.       Masa dan tempat berkumpul di sempadan Malaysia ke Thailand
Saya mencadangkan semua peserta daripada Malaysia, Indonesia, Brunei dan Singapura memasuki sempadan Thailand melalui Pekan Rantau Panjang (Kelantan) untuk menyenangkan urusan sambutan dan pergerakan dari sempadan Thailand  (Pekan Sungai Kolok)  ke tapak perkhemahan di Yala
Tarikh               : 13 Julai 2012 (Jumaat)
Jam                  : 8.30 pagi (Waktu Malaysia)
Tempat             : Pekan Rantau Panjang, Kelantan (Pintu Masuk ke Thailand)
4.       Pergerakan kenderaan bas awam pada setiap hari dari Kuala Lumpur
Nama syarikat   bas                  : Cepat express
Tempat naik                              : Hentian Putra, Kuala Lumpur
Jam bertolak                             : 9.30 malam (waktu Malaysia
Tempat terakhir             : Rantau Panjang, Kota Bharu. Kelantan
                                                  (Pekan sempadan dengan Thailand (Sungai Kolok)
Jam sampai/tiba             : 7.00 pagi (Waktu Malaysia)
Tambang                                  : RM 45.00
5.       Pergerakan kenderaan bas awam pada setiap hari dari Bandar Melaka
Nama syarikat   bas                  : Cepat express
Tempat naik                              : Bandar Melaka
Jam bertolak                             :8.00 malam (waktu Malaysia
Tempat terakhir             : Rantau Panjang, Kota Bharu. Kelantan
                                                  (Pekan sempadan dengan Thailand (Sungai Kolok)
Jam sampai/tiba             : 7.00 pagi (Waktu Malaysia)
Tambang                                   : RM 52.00
6.       Masa dan tarikh bubar perkhemahan
Tarikh                                       : 17 Julai 2012
Jam                                          : 1.00 thg ( waktu Malaysia)
7.       Lawatan persendirian ke Hat Yai. Pembina (guru) boleh mengadakan lawatan persendirian ke Hat Yai dan Songkhla daripada kawasan kem dengan Vann (bayarannya 250 – 300 bath) seorang
8.        Lain-lain maklumat
a.       Peserta Indonesia (Medan) boleh pulang balik melalui Pulau Pinang. Dari Pulau Pinang ke Hat Yai dan dari Hat Yai ke Yala boleh menaiki Vann.
b.       Pengangkutan Peserta di Thailand dari Sungai Golok, Thailand  ke  Tapak Jambori di Yala (melalui Kelantan/Rantau Panjang) pulang balik, saya akan uruskan supaya ditanggung oleh Thailand). Pengangkutan di Malaysia ditanggung oleh peserta
 
Tarikh akhir menghantar borang untuk dipanjangkan ke HQKL adalah pada 23 Jun 2012. Borang yang diterima selepas tarikh itu tidak akan diterima.

Pengarah 
Akademi Pengakap Negeri Terengganu.
* Yang berminat dari Daerah Marang sila berhubung dengan Setiausaha Pengakap Daerah Marang untuk mendapatkan borang dengan menghantar emel ke pengakapmarang@gmail.com dengan segera.

Tiada ulasan: